Wednesday, 28 November 2012
GURU OH GURU
Dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna,insan yang kamil serta seorang mujahid dan mujtahid.Erti penat dan lelah bukanlah kamus hidup seorang insan yang bergelar guru.Jika untuk mengejar kekayaan maka kerja dan profesion seorang guru tidak cukup untuk mengkayakan diri sendiri..tapi inilah kenyataannya.Memberikan ilmu yang bemanfaat kepada anak bangsa dengan harapan anak didiknya mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.Marilah kita menghayati firman Allah ini
Surah Az Zumar ayat 9:
“Katakanlah, adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang berakallah yang dapat menerima pelajaran”.
Tugas guru adalah mulia kerana menyambung sunnah para nabi dan meneruskan kesinambungan dakwah para rasul dan juga tabiin dahulu kala.Menjadi guru bukanlah sesenang yang disangka.Memetik kata-kata pujangga dari almarhum Usman Awang adalah menjadi obor pembakar cendekiawan para guru..
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Salam dedikasi buat semua warga pendidik di Malaysia.Semoga jasa kalian diberikan ganjaran oleh Allah taala.Amin.
AlFatihah..Buat semua guru yang pergi meninggalkan kita semua.
Tuesday, 20 November 2012
HARGAI MASA LAPANG
Bagi mereka yang banyak tanggungjawab serta tugas, masa lapang merupakan salah satu pekara penting dalam kehidupannya. Bagi mereka yang bekerja atau belajar dari pagi sehingga petang dan disambung dengan tanggungjawab dirumah kadangkala sehingga malam mungkin memenatkan dan sangat memerlukan rehat.
Kadangkala jika kita merenung tentang kerja dan tanggungjawab ini seolah dalam kehidupan kita masa rehat seperti tiada langsung. Mungkin ada yang bekerja dan belajar sehingga lewat malam dan membuat kesimpulan dirinya terlalu sibuk dan tiada masa. Hakikat sebenarnya, mungkin ada masa lapang tersebut tetapi mungkin diri kita tidak menyedarinya.
Masa lapang sebenarnya ada walaupun 10 minit, cuma kadangkala ada antara kita yang tidak menyedarinya dan sikap kita sendiri yang gemar mengisi masa lapang tanpa memikirkan tentang rehat. Mengisi masa lapang terutama kegiatan berfaedah memanglah baik untuk meningkatkan taraf hidup dan kecemerlangfan hidup. Namun demikian kerap kali kita lupa perlu juga masa lapang yang ada diisi dengan rehat. Kebanyakannya, sekiranya kita ada masa lapang akan berusaha berfikir untuk mengisinya dengan kerja-kerja yang ringan. Tetapi tanpa kita sedari, kerja yang disangka ringan itu mungkin meningkatkan lagi kesibukan kita. Hal ini sudah tentu menjadikan waktu rehat kita hampir tiada langsung. Oleh itu adalah perlu untuk kita fikirkan dan mula merancang untuk betul-betul rehat tanpa menyelitkan dengan sebarang kerja yang kita sangkakan ringan itu.
Tuesday, 2 October 2012
KEPIMPINAN ISLAM
1. Pendahuluan
b) Memberi Kerjasama
7. Kesimpulan
Sunday, 30 September 2012
BELIA BENCI BULI
BULI
Dewasa ini kes buli semakin membimbangkan masyarakat.Laporan mengenai gejala buli yang dipaparkan dalam media cetak dan media elektronik menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada yang membawa maut.Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Buli boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara langsung(fizikal)seperti disepak,diugut dan secara tidak langsung(mental) seperti melibatkan kata-kata(verbal) termasuklah diejek,ditertawakn dan lain-lain perbuatan tidak langsung yang boleh mengakibatkan tekanan kepada mangsa.
Isu kes buli ini telah menimbulkan suasana yang tidak selamat sama ada di sekolah,pusat pendidikan dan tempat kerja.Gejala buli di tempat kerja melibatkan pekerja atasan dengan pekerja bawahan dan pekerja baru dengan pekerja lama.Perbuatan buli di tempat kerja adalah seperti melontarkan kata-kata pedas atau kesat,tindakan meminggirkan pekerja,menyuruh pekerja membuat kerja yang tidak bersangkut paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi.Walaupun kes buli ini juga boleh didapati di tempat kerja,namun kes buli di sekolah menunjukkan peningkatan yang tinggi. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kes buli di kalangan pelajar sekolah.
Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif.Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing.Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka.Sebagai contoh,Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yng dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang.Ironinya,kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.
Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli.Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas.Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.
Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman.Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan besar kemungkinana kecederaan yang parah akan membawa kepada kematian.Kesan dalaman pula ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran.Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam untuk membalas dendam kepada orang lain.Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan harga diri mereka kembali.Manakala pelajar yang membuli pula akan dikenakan tindakan seperti digantung persekolahan dan jika sesuatu kes buli tersebut membawa kepada kematian maka kes tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.
Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika membabitkan kematian.Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat.Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”Ibu bapa boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.
Para pelajar juga haruslah peka dan bijak dalam memilih rakan sebaya supaya mereka tidak tersilap memilih rakan.Hal ini kerana seseorang individu tersebut sedikit sebanyak akan terikut-ikut perangai rakan sebaya mereka.Jika baik perangai rakan-rakan mereka,maka baik juga sikap mereka nanti.Penglibatan aktif kumpulan pelajar dalam persatuan seperti Persatuan Pencegahan Jenayah akan menjadikan pelajar tersebut terhindar daripada gejala sosial yang tidak berfaedah.
Selain itu, filem dan rancangan televisyan yang memaparkan aksi yang ganas juga harus ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem terlebih dahulu.Hal ini kerana pelajar mudah terikut-ikut akan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut juga.Pemilihan bahan tontonan yang bersesuaian juga digalakkan bagi membina sahsiah seterusnya memupuk kecerdasan minda pelajar.Misalnya,ibu bapa boleh memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro.
Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia harus lebih efektif dalam usaha menerapkan subjek Pendidikan Moral,Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke dalam kurikulum sekolah.Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.Pihak sekolah juga haruslah melaksanakan program ‘sekolah angkat’ dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi memantau aktiviti pelajar di seluruh pelosok kawasan sekolah terutamanya kawasan yang tersorok.
Konklusinya,gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat.Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”.Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini.Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.

Wednesday, 26 September 2012
CINTA DALAM ISLAM
Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwian.
Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(Al-Israa’: 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Friday, 14 September 2012
PERSAHABATAN
ERTI PERSAHABATAN:
Sahabat seperti puzzle yang apabila terpecah berserakan dan kita rangkai kembali maka ia akan utuh menjadi sesuatu yang indah.
PANTUN SAHABAT :
Mawar berduri di dalam taman, Indah kembang bersama dahlia,
Bila sendiri ku damba teman, Derita melayang berganti bahagia.
Kota merintih ditimpa sengketa, Kota berdebat berhasad dengki,
Cinta kekasih berair mata, Cinta sahabat penawar hati.
Pohon amra buahnya lebat, Dipetik sebiji si dara sunti,
Mekarlah cinta dua sahabat, Semerbak seri penyejuk hati.
Ibu ayam mencari makan, Dalam kebun mengais-ngais,
Hati-hati memilih rakan, Sama suka sama nangis.
Indahnya kolam tengah taman, Tempat bertemu janji diikat,
Selamat malam duhai teman, Moga lenamu di dalam berkat..
Laman istana berbatu-batu, Laman ditanam si pohon ara
Teman ketawa beribu-ribu, Teman berduka boleh dikira.
- Jadilah pendengar yang baik buat sahabatmu.
- Cobalah mengerti karakter sahabatmu.
- Berilah pujian seperlunya saja.
- Jangan pernah merasa iri pada sahabatmu.
TIPS MENJAGA SAHABAT SESI II
- Sisihkan waktu dengannya
- Jangan pernah ragu untuk meminta maaf
- Jangan pernah ragu untuk memaafkan
- Melakukan hal yang menyenangkan bersama-sama.
Sunday, 9 September 2012
KARNIVAL UKHUWWAH REMAJA 2012
Pada 16 Mei yang lalu, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam telah mengadakan satu karnival dimana tujuannya adalah untuk mengeratkan ukhuwwah antara sesama pelajar dan menghilangkan rasa tekanan dalam menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT).
Antara aktiviti yang berlangsung adalah:
1) Pertandingan Siapa Hebat ( Gambate).
3) Busana Kerjaya (Perempuan)
4) Busana Kerjaya (Lelaki)
5) I Pad Murah
6) Melukis Poster
7) Madah Terindah (Deklamasi Sajak)
8) Tolak Tali
9) Sumo
10) Running Race
11) Kuiz
Tahniah kepada para pemenang dan diharap dapat berjumpa pada tahun 2013.... Insya Allah.
Antara aktiviti yang berlangsung adalah:
1) Pertandingan Siapa Hebat ( Gambate).
2) Si Buta
3) Busana Kerjaya (Perempuan)
4) Busana Kerjaya (Lelaki)
5) I Pad Murah
6) Melukis Poster
7) Madah Terindah (Deklamasi Sajak)
8) Tolak Tali
9) Sumo
10) Running Race
11) Kuiz
Tahniah kepada para pemenang dan diharap dapat berjumpa pada tahun 2013.... Insya Allah.
MOTIVASI DIRI
Sebelum PRS dapat memotivasikan rakan - rakannya, mereka perlu diajar bagaimana memotivasikan diri sendiri. Jurulatih bolehlah menggunakan strategi berikut untuk melatih mereka.
Tahukah anda bahawa tidak seorang pun yang boleh memotivasikan dirinya melainkan dirinya sendiri. Kita selalu memberi alasan sekiranya kita tidak berjaya melakukan sesuatu adalah disebabkan orang lain atau sesuatu situasi yang tidak disenangi.
Ini merupakan satu cara kita lari daripada bertanggungjawab terhadap tindakan kita sendiri, Sebenarnya, kejayaan dan kegagalan kita terletak di tangan sendiri.
![]() |
| Inilah jadinya jika hidup tidak ada prinsip hidup. |
TANGGA MOTIVASI DIRI
1. Keinginan
2. Pengetahuan
3. Kesedaran (Dalaman dan Luaran)
4. Tindakan
5. Penilaian
6. Amalan
![]() |
| Menangis antara jalan untuk kita memotivasikan diri kita. |
Sunday, 12 August 2012
Saturday, 4 August 2012
CARTA ORGANISASI
Pn.Wan Nor Azizah Binti Wan Alias
(GURU PENASIHAT)
En.Mohd Effendy Bin Abdullah
(GURU PENASIHAT)
Muhd.Azim Bin Ramdani
(PENGERUSI PRS)
Thursday, 2 August 2012
Pembimbing Rakan Sebaya
1.0.
DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ialah
seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan
kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas
untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi
seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil
berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
2.0.
RASIONAL
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun
perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat
“pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk
mengisi ruang tersebut. Oleh sebab
pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam
kemahiran asas menolong sangat penting
untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
2.1.
Guru bimbingan dan kaunseling
belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
2.2.
Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan
bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.
2.3.
Belum lagi menjelajah dan
menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing
rakan-rakan kearah perlakuan positif.
2.4.
Membantu khidmat bimbingan dan
kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara
lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
3.0.
FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA
MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
kemahiran, kreativiti dan keimanan.
4.0.
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
5.0.
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan
Sebaya.
6.0.
MATLAMAT
6.1.
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu
dikalangan pelajar.
6.2.
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati
nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
6.3.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi
individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup
selesa dalam masyarakat majmuk.
6.4.
Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam
aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dikalangan pelajar.
7.0.
OBJEKTIF
7.1.
Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu
rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
7.2.
Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan
PRS.
7.3.
Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang
membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
7.4.
Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan
boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
8.0.
ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
8.1.
Amanah dan menyimpan rahsia.
8.2.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
8.3.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
8.4.
Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai
aspek.
8.5.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
8.6.
Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling.
8.7.
Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat
dan agama.
12.0 IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS
) sesi _____.
12.1. Menerima
jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa
mengira tempat, masa, dan rakan
12.2. Berpegang
teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
12.3. Berusaha
menjadi pelajar contoh.
12.4. Berazam
meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
12.5. Berkhidmat
dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
12.6. Sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
13.0 SENARAI TUGAS PRS
13.1.
Menjadi rakan yang peka kepada
perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
13.2.
Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu
menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
13.3.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan
untuk mendapat bantuan.
13.4.
Sebagai
penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.
13.5.
Sebagai peninjau rasa untuk
membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi
intervensi jika perlu.
13.6.
Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
13.7.
Menjadi
fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.
13.8.
Menerima rakan secara terbuka dan
tanpa syarat.
13.9.
Mendengar,
menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
13.10.
Memberi
sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.
13.11.
Mematuhi
etika kerahsiaan.
13.12. Menyedari
bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13.13. Berbincang
dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
13.14. Memimpin
rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia
belajar melalui pengalamannya.
13.15. Menjalankan
program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
13.16. Mengutamakan
kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)