Wednesday, 28 November 2012
GURU OH GURU
Dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna,insan yang kamil serta seorang mujahid dan mujtahid.Erti penat dan lelah bukanlah kamus hidup seorang insan yang bergelar guru.Jika untuk mengejar kekayaan maka kerja dan profesion seorang guru tidak cukup untuk mengkayakan diri sendiri..tapi inilah kenyataannya.Memberikan ilmu yang bemanfaat kepada anak bangsa dengan harapan anak didiknya mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.Marilah kita menghayati firman Allah ini
Surah Az Zumar ayat 9:
“Katakanlah, adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang berakallah yang dapat menerima pelajaran”.
Tugas guru adalah mulia kerana menyambung sunnah para nabi dan meneruskan kesinambungan dakwah para rasul dan juga tabiin dahulu kala.Menjadi guru bukanlah sesenang yang disangka.Memetik kata-kata pujangga dari almarhum Usman Awang adalah menjadi obor pembakar cendekiawan para guru..
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Salam dedikasi buat semua warga pendidik di Malaysia.Semoga jasa kalian diberikan ganjaran oleh Allah taala.Amin.
AlFatihah..Buat semua guru yang pergi meninggalkan kita semua.
Tuesday, 20 November 2012
HARGAI MASA LAPANG
Bagi mereka yang banyak tanggungjawab serta tugas, masa lapang merupakan salah satu pekara penting dalam kehidupannya. Bagi mereka yang bekerja atau belajar dari pagi sehingga petang dan disambung dengan tanggungjawab dirumah kadangkala sehingga malam mungkin memenatkan dan sangat memerlukan rehat.
Kadangkala jika kita merenung tentang kerja dan tanggungjawab ini seolah dalam kehidupan kita masa rehat seperti tiada langsung. Mungkin ada yang bekerja dan belajar sehingga lewat malam dan membuat kesimpulan dirinya terlalu sibuk dan tiada masa. Hakikat sebenarnya, mungkin ada masa lapang tersebut tetapi mungkin diri kita tidak menyedarinya.
Masa lapang sebenarnya ada walaupun 10 minit, cuma kadangkala ada antara kita yang tidak menyedarinya dan sikap kita sendiri yang gemar mengisi masa lapang tanpa memikirkan tentang rehat. Mengisi masa lapang terutama kegiatan berfaedah memanglah baik untuk meningkatkan taraf hidup dan kecemerlangfan hidup. Namun demikian kerap kali kita lupa perlu juga masa lapang yang ada diisi dengan rehat. Kebanyakannya, sekiranya kita ada masa lapang akan berusaha berfikir untuk mengisinya dengan kerja-kerja yang ringan. Tetapi tanpa kita sedari, kerja yang disangka ringan itu mungkin meningkatkan lagi kesibukan kita. Hal ini sudah tentu menjadikan waktu rehat kita hampir tiada langsung. Oleh itu adalah perlu untuk kita fikirkan dan mula merancang untuk betul-betul rehat tanpa menyelitkan dengan sebarang kerja yang kita sangkakan ringan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
