Sunday, 10 February 2013

Muhhasabah Diri

Assalammualaikum semua hamba Allah yg berada di luar sana!
Ingat tak program"A Week 4 Save Gaza" hari tu!
Cam mana best tak?
Mesti best kan.
Nie nak tunjuk video nie.
Kawan-kawan nak tengok tak.
Jom Tengok: Salah seorang biro publisiti buat.


Cam mana best tak video ni?
Ikhlaskan diri kita untuk membuat amal semoga diredhai Allah.
Apa yang kita buat semua ini adalah kerana untuk mendapatkan keredhaan Illahi.
Muhhasabah diri bukan kerana pahala kita masuk syurga tetapi kerana keredhaan Allah.


Cam mana?Adakah Solat kita jaga?



Adab kita dengan Ibu Bapa?


Kejujuran kita?

Akhlak kita?

Kata-kata kita?


Inya'Allah,fikir-fikirkanlah,kami hanya mengingatkan anda sendiri perlu memilih jalan yang hendak dituju.


Friday, 25 January 2013

Save Gaza Week

Assalamualaikum semuaaa!
Selamat bercuti 5 hari!
Rasanya tak terlambat lagi untuk kami mengucapkan..



HAPPY BIRTHDAY RASULULLAH!!

Alhamdulillah.. SAMTTAJ telah menghantar seramai hampir 90 orang pelajar lelaki dan perempuan untuk Pertandingan Perarakan Semperna Maulidur Rasul tahun 1434 h di Stadium Melawati, Shah Alam. Walaupun tidak berjaya mendapat apa-apa tempat di dalam pertandingan itu, namun, pengorbanan berarak hampir 5 KM dalam keadaan hujan yang sangat lebat amat memberi kenangan yang manis buat peserta2 perarakan itu.

Ok dah.. selesai ucapan untuk Maulidur Rasul~~
Lets back to our story :)

#sebelum tu, tengok jap short video ni.. salah seorang ahli biro publisiti yang buat ^^ (promot jap)

Hah!! 
Samttaj-jians semua sudah dikhabarkan tentang Minggu Save Gaza kan??? ^_^
Hah.. apa lagi? dah buat persiapan ke belom untuk pertandingan2 yang diadakan oleh kami?
Jom lah sertai ramai2..!!

Ha.. cantik tak? Biro Publisiti yang buat? hehe
(puji diri sendiri sebenarnya)

Hah...
Samttaj-jians~~~~
Disini, kami nak beri sedikit maklumat sangat sangat sangat PENTING!!
Baca betul2.. bukak mata besar2.. pastu, share kat kawan2 tau!


  • Minggu Save Gava akan dipinda sedikit
  • Satu lagi pertandingan akan diadakan pada minggu Save Gaza iaitu Pertandingan Sajak Palestin


Erm.. cuba tengok tentatif baru ni :


Selasa - Pertandingan Sajak Palestine
                                                     Rabu - Ceramah & P. Melukis Poster
   Khamis - Pertandingan Drama Palestine

  • Buat peserta2 Pertandingan Drama Palestin, blehlah buat persiapan yang gempak lagi untuk pertandingan ini.. Berlatihlah bersungguh-sungguh! 
  • Pertandingan Sajak Palestin pula, sajak boleh direka sendiri ataupun diambil dari mana2. Namun, pemilihan sajak akan dikira markahnya.
So, dengan masa lebih yang diberikan ini, hope ramai SAMTTAJians dapat join program2 ni. Hadiah2 yg disediakan amat lumayan, insyaAllah.

# Save GAZA ! (^_^) Allahu Akbar !

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada Fitri Mahmood or Najmi Zamzam.

Ceramah pula akan disampaikan oleh seorang aktivis Aman Palastin, Ustaz Farhan yang sememangnya berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti ceramah. InsyaAllah, segala persoalan kita tentang Palestin akan diungkap dengan lebih jelas oleh penceramah kta nanti. 
Kenapa Palestin diserang?
Berapa lama Palestin diserang?
Apa khabar saudara kita di sana sekarang?


Tertanya2 tak? Tunggulah jawapannya hari Rabu nanti, insyaAllah! 



Wassalam :)

Friday, 11 January 2013

Welcome Back To School Friendsss!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu kepada semua visitor2 Blog Rasmi Unit Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAJ!  Semoga anda semua diberi kesihatan untuk terus melakukan bakti pada diri, agama, sekolah dan negara!!

So, cuti sekolah dah lepas?? Best tak?
Macam mana dengan hari-hari anda dua minggu di sekolah?
Best??
Tahniah kepada semua pelajar-pelajar baru kerana anda terpilih untuk menjadi warga SAMTTAJ yang hebat ini ^^
Bukannya senang tau nak masuk SAMTTAJ..! Hanya orang-orang yang terpilih sahaja! Jadi, bersyukur banyak-banyak agar segala nikmat terus diberikan Allah kepada anda semua. :)

Dua minggu terawal ini, kami, ahli-ahli PRS dan kerjasama Pengawas sekolah telah mengadakan Program Taaruf bagi Tingkatan satu yang baru memulakan fasa terbaru dalam hidup mereka.
Alhmdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..!!
Tahu tak, adik-adik Tingkatan satu tahun ni sangat hebat.! Walaupun mereka agak pendiam pada mulanya, tapi wajarlah kan? tapi apabila telah mengenali mereka dengan lebih akrab, mereka ini betul-betul makhluk Tuhan yang hebat! Insya-Allah, mereka mampu menjadi pemimpin negara yang hebat. Oh,,, paling penting pemimpin negara yang islamik ;) kate sekolah Agama kan?? hehe


Program Taaruf ini atau lebih dikenali sebagai Minggu Orientasi berlangsung selama tiga hari bermula 2 sehingga 4 Januari 2013.

Bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5 petang. Segala taklimat mengenai kokurikulum, displin dan perpustakaan telah diberikan oleh guru-guru yang berkenaan. Pn Madihah selaku guru kokurikulum SAMTTAJ telah memberikan taklimat kokurikul pada hari pertama. Manakala, En Nizam yang membicarakan tentang displin-displin sekolah yang WAJIB dipatuhi dan Pn Kamariah pula mengenai Penggunaan Perpustakaan Sekolah pada hari ke dua. Hari ketiga pula adalah Majlis Perasmian Penutupan Minggu Taaruf tersebut.

Siapa kata PRS tak termasuk dalam program tersbut?
Kami telah mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat adik-adik tingkatan satu ini selepas asar.
Mereka sangat best tau!
Petang pertama, kami main permainan yang memerlukan kerjasama antara mereka iaitu 'Pintu Gerbang'
Petang kedua pula kami memainkan permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu 'Galah Panjang'
Hari terakhir pula, telah mengadakan permainan 'Saham Syarikat' yang dikendalikan oleh Muhd Irsyad, pengawas sekolah. Semua kerja-kerja disebalik tabir diuruskan oleh jejaka-jejaka PRS yang hebat-hebat.

Sebuah Montaj yang dibuat oleh Biro Publisiti PRS juga menjadi penunjukkan pada Majlis Penutup Minggu Taaruf tersebut. Biro2 Publisiti yang comel-comel ini telah pun berjaya menyiapkan montaj tersebut tidak lebih dua jam tau! Pelbagai halangan dan pengorbanan terpaksa ditempuhi demi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah. Kami berjaya :)

Sebelum saya menutup post kali ini, ingin saya kongsikan sebuah Brochure yang akan disebarkan kesetiap kelas dan beberapa board di sekolah untuk edisi pertama, bulan Januari 2013  ^_^


Kalau nak tahu, ada lagi satu.. tapi nantikan ia minggu depan, InsyaAllah!!

Teruskan melawat bog ini ye ^^

Salam sayang dari kami, PRS ;)

Slogan Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAJ