So, cuti sekolah dah lepas?? Best tak?
Macam mana dengan hari-hari anda dua minggu di sekolah?
Best??
Tahniah kepada semua pelajar-pelajar baru kerana anda terpilih untuk menjadi warga SAMTTAJ yang hebat ini ^^
Bukannya senang tau nak masuk SAMTTAJ..! Hanya orang-orang yang terpilih sahaja! Jadi, bersyukur banyak-banyak agar segala nikmat terus diberikan Allah kepada anda semua. :)
Dua minggu terawal ini, kami, ahli-ahli PRS dan kerjasama Pengawas sekolah telah mengadakan Program Taaruf bagi Tingkatan satu yang baru memulakan fasa terbaru dalam hidup mereka.
Alhmdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..!!
Tahu tak, adik-adik Tingkatan satu tahun ni sangat hebat.! Walaupun mereka agak pendiam pada mulanya, tapi wajarlah kan? tapi apabila telah mengenali mereka dengan lebih akrab, mereka ini betul-betul makhluk Tuhan yang hebat! Insya-Allah, mereka mampu menjadi pemimpin negara yang hebat. Oh,,, paling penting pemimpin negara yang islamik ;) kate sekolah Agama kan?? hehe
Program Taaruf ini atau lebih dikenali sebagai Minggu Orientasi berlangsung selama tiga hari bermula 2 sehingga 4 Januari 2013.
Bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5 petang. Segala taklimat mengenai kokurikulum, displin dan perpustakaan telah diberikan oleh guru-guru yang berkenaan. Pn Madihah selaku guru kokurikulum SAMTTAJ telah memberikan taklimat kokurikul pada hari pertama. Manakala, En Nizam yang membicarakan tentang displin-displin sekolah yang WAJIB dipatuhi dan Pn Kamariah pula mengenai Penggunaan Perpustakaan Sekolah pada hari ke dua. Hari ketiga pula adalah Majlis Perasmian Penutupan Minggu Taaruf tersebut.
Siapa kata PRS tak termasuk dalam program tersbut?
Kami telah mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat adik-adik tingkatan satu ini selepas asar.
Mereka sangat best tau!
Petang pertama, kami main permainan yang memerlukan kerjasama antara mereka iaitu 'Pintu Gerbang'
Petang kedua pula kami memainkan permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu 'Galah Panjang'
Hari terakhir pula, telah mengadakan permainan 'Saham Syarikat' yang dikendalikan oleh Muhd Irsyad, pengawas sekolah. Semua kerja-kerja disebalik tabir diuruskan oleh jejaka-jejaka PRS yang hebat-hebat.
Sebuah Montaj yang dibuat oleh Biro Publisiti PRS juga menjadi penunjukkan pada Majlis Penutup Minggu Taaruf tersebut. Biro2 Publisiti yang comel-comel ini telah pun berjaya menyiapkan montaj tersebut tidak lebih dua jam tau! Pelbagai halangan dan pengorbanan terpaksa ditempuhi demi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah. Kami berjaya :)
Sebelum saya menutup post kali ini, ingin saya kongsikan sebuah Brochure yang akan disebarkan kesetiap kelas dan beberapa board di sekolah untuk edisi pertama, bulan Januari 2013 ^_^
Kalau nak tahu, ada lagi satu.. tapi nantikan ia minggu depan, InsyaAllah!!
Teruskan melawat bog ini ye ^^
Salam sayang dari kami, PRS ;)

terbaiklah blog
ReplyDeleteone word-----> awesomeeeee, bgm pon lagu skola so boleh promo skool lagi smart2, keep up the good work, (Y) hehe -anwar-
ReplyDeletehehe.. thanx a lot for your compliments!!
ReplyDeleteInsyaAllah.. blog ni akan diupdate.. korg pun teruskan lah update ye.. ^^
amboi prs pon ade blog..maju...
DeleteEh.. ,mestilah.. kite mesti kene terus maju ke hadapan ^^
Delete